TARIKH : 1 JULAI 2007 HARI : AHAD MASA : 4.30 PETANG - 6.00 PETANG ATURCARA : 4.30 PETANG - SOLAT ASAR BERJEMAAH DI MASJID PT.MARKOM. - BERGERAK KE RUMAH PENGERUSI YAYASAN AMAL MALAYSIA - SLOT TAZKIRAH UNTUK IBUBAPA / AJK / RAKAN AHLI - SLOT TAYANGAN MOVIE UNTUK ANAK-ANAK - JAMUAN RINGAN SASARAN : AJK YAYASAN AMAL JOHOR / RAKAN AHLI
PROGRAM HI-TEA KELUARGA YAYASAN AMAL MALAYSIA KALI-1
Alhamdulillah,pada 1 Julai 2007 Yayasan Amal Malaysia Cawangan terus mengorak langkah aktivitinya dengan mengadakan program Hi-Tea Keluarga bertempat di rumah Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Johor Saudara Ismail bin Ali.Program bermula sebaik sahaja selepas solat Asar.Ada sebahagian yang hadir berjemaah di Masjid Parit Markom.Aturcara program dibahagikan kepada ibubapa di dalam rumah untuk mengikuti tazkirah dan anak-anak menyaksikan tayangan movie di luar.
Sementara menantikan kehadiran ahli keluarga lain,sebahagian yang hadir ke tempat tayangan movie menyaksikan klip video rintihan anak-anak Palestin.Semasa memulakan program tazkirah Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Johor mengalu-alukan kehadiran dan mempromosikan Yayasan Amal Malaysia Johor (YAMJ ) serta memberitahu aktiviti-aktiviti yang dijalankan.Aktiviti YAMJ selepas ini cuba untuk mengenalpasti anak-anak yatim di seluruh negeri Johor yang hidup dalam kedaifan untuk dijadikan anak angkat YAMJ.Justeru,pengerusi YAMJ mengalu-alukan sumbangan dana untuk aktiviti YAMJ.
Kehadiran ibubapa dan anak-anak dianggarkan seramai lebih kurang 65 orang menggembirakan penganjur program memandangkan sebahagian besar AJK YAMJ tidak dapat hadir.Tazkirah yang disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Ibrahim Masran Al-Banjari cukup mantap mengambil masa hampir sejam.Majlis Ilmu Kuliah Maghrib di Masjid Kg.Pt.Markom juga disampaikan oleh Ustaz Ibrahim dengan kupasan yang menarik dan ilmiah sekitar tajuk kepentingan majlis ilmu.Ramai juga yang turut hadir.
Tetamu sedang menikmati jamuan ringan.Program Hi-tea ini mudah-mudahan dapat diteruskan dan dijayakan untuk terus mendekati masyarakat.
No comments:
Post a Comment