MADAH MUTIARA

"Buka Minda, Buka Hati, Kenali Diri,Perbaiki Diri"
         

TERUS LAKUKAN PERBUATAN BAIK SEMAKSIMUM MUNGKIN,KERANA ITULAH YANG AKAN KEMBALI KEPADA KITA,INSYAALLAH.





NIKMATILAH HIDUP MERDEKA,TIDAK DIPERHAMBAKAN OLEH KEINGINAN DIPUJI, DIHORMATI ATAU DILAYAN ISTIMEWA,SEBAB MENJADI ORANG YANG BIASA ITU SEBENARNYANIKMAT.





ORANG YANG TERPUJI BUKANLAH ORANG YANG PERNAH JATUH, TETAPI ORANG YANG TELAH JATUH DAN DAPAT BANGUN KEMBALI.





KEBAHAGIAN YANG PALING BESAR ADALAH APABILA KITA MAMPU MENYEMBUNYIKAN KEBAIKAN KITA.





BERSYUKURLAH DAN BERTERIMA KASIHLAH DENGAN TULUS SETIAP KALI MENDAPAT KEBAIKAN





DOAKAN DAN BERUSAHALAH UNTUK MEMBALAS KEBAIKAN ORANG YANG TELAH BERBUAT BAIK KEPADA KITA DENGAN APA YANG KITA MAMPU





BERUNTUNGNYA KITA BUKAN PERKARA MENANG ATAU KALAH,JUGA BUKAN ISU MENDAPATKAN ATAU TIDAK.BUKAN MENANG ATAU TIDAK....... BERUNTUNGLAH KITA,JIKA KITA BERJAYA ,BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK DALAM SITUASI APA PUN.





ORANG YANG BERJIWA KECIL CEPAT NAIK DARAH KALAU DIRINYA DIKRITIK, TETAPI ORANG YANG BIJAKSANA MAMPU MEMETIK HIKMAH DARIPADA ORANG YANG MENGKRITIKNYA DAN MAMPU MENGANALISIS SERTA MENGUJI DIRINYA SENDIRI.





TIDAK ADA BAHAYA PERIBADI MELAINKAN MALAS DAN TIDAK ADA KETINGGIAN PERIBADI MELAINKAN RAJIN.





KALAU ANDA ASYIK BERFIKIR HIDUP INI SUKAR, MAKA SUKARLAH HIDUP ANDA TETAPI KALAU ANDA MEMBINA KETAHANAN DALAM DIRI, MAKA ANDA AKAN MENGUASAI HIDUP ANDA YANG SUKAR ITU.





SETIAP ORANG HARUS DIMANFAATKAN MENURUT KEMAMPUAN MEREKA KERANA HARUS DIINSAFI BAHAWA TIADA SEORANG PUN MANUSIA YANG SEMPURNA.





ORANG YANG GAGAL DALAM USAHANYA, MASIH TETAP LEBIH BAIK DARIPADA ORANG YANG TIDAK BERUSAHA SAMA SEKALI.





TIADA SIAPA YANG BOLEH TERLEPAS DARIPADA MELAKUKAN KESILAPAN. AKUI KESILAPAN ANDA, KESALINYA DAN BELAJAR DARIPADANYA.





ORANG YANG HANYA TAHU MENERIMA TETAPI TIDAK TAHU MEMBERI, TIDAK AKAN BERASA BAHAGIA DI DUNIA INI.





SEMULIA-MULIA MANUSIA IALAH SESIAPA YANG MERENDAH DIRI KETIKA BERKEDUDUKAN TINGGI, MEMAAF KETIKA BERDAYA MEMBALAS, DAN BERSIKAP ADIL KETIKA KUAT.





BELAJAR TANPA BERFIKIR AMAT MERUGIKAN TETAPI BERFIKIR TANPA BELAJAR LEBIH BERBAHAYA.





JANGAN MENYESALI KEGAGALAN YANG DIALAMI DENGAN MENUDUH ATAU MENYALAHKAN ORANG LAIN, AKAN TETAPI AKUILAH SESUNGGUHNYA KEGAGALAN ITU ADALAH KERANA PERBUATAN ANDA SENDIRI.





SEKIRANYA SESEORANG MANUSIA ITU TIDAK BERFIKIRAN JAUH, DIA AKAN MENYESAL DENGAN APA YANG DILAKUKAN.





APABILA KITA TIDAK MAMPU MEMILIKI APA YANG KITA SUKA, SUKAILAH APA YANG KITA MILIKI. DUNIA PENUH DENGAN PERTENTANGAN. ADA PENDERITAAN DAN KEBAHAGIAN, ADA CAHAYA DAN BAYANG-BAYANG, ADA KELAHIRAN DAN KEMATIAN.





BARANG SIAPA TAHU AKAN KESALAHAN SENDIRI, DAN TIDAK MEMBANGKIT-BANGKITKAN KESALAHAN ORANG LAIN, PASTI IA TIDAK AKAN DIBENCI OLEH SESIAPA PUN.





WANG DAN KUASA MENYEBABKAN TIMBULNYA PENIPUAN DI SANA SINI SETIAP HARI. TETAPI, PENIPUAN YANG PALING DAHSYAT IALAH MENIPU DIRI SENDIRI.







             
*=*=* "Buka Minda, Buka Hati, Kenali Diri" =*=*

Sunday, April 29, 2007

MESYUARAT YAMJ KALI-1.

MESYUARAT YAYASAN AMAL MALAYSIA KALI PERTAMA Alhamdulillah bertarikh 28 April 2007 mengambil sempena hari lahir pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Johor telah dapat dijayakan dengan kehadiran 13 AJK dan 2 sahabat turut hadir.Mesyuarat bermula sekitar jam 9.00 malam di Pejabat Yayasan Malaysia Cawangan Negeri Johor yang diinfakkan oleh keluarga al-Ustaz Ruhaizam bin Abd Hamid.Mesyuarat tamat tepat pukul 10.50 malam.

PROGRAM YAYASAN AMAL MALAYSIA BULAN MEI :

1.Mesyuarat YAM Pusat di Dewan Masjid Al-Gufran Taman Tun Dr Ismail,Kl 19 Mei 2007
2.Program Derma Darah di Taman Renggam Jaya-27 Mei 2007 dan Ceramah Motivasi Pelajar : Aku Insan Cemerlang di Taman Renggam Jaya,Simpang Renggam.

Fokus Perbincangan Mesyuarat YAM kali -1:

ü MAKLUMAT AKTIVIS YAYASAN AMAL JOHOR ( D )

ü VEST YAYASAN AMAL-AJK DAN WAKIL KAWASAN ( D )

ü GABUNGAN NGO ISLAM JOHOR ( L )

ü TEAM ZIARAH AMAL –HOSPITAL,FAKIR MISKIN & MENIMPA MUSIBAH ( L )

ü CERAMAH MOTIVASI INSAN CEMERLANG-INSTITUSI,MASJID,SURAU DAN DEWAN ORANG RAMAI. ( L )

ü CERAMAH KEIBUBAPA-KERJASAMA PASTI ( L )

ü KEMPEN DERMA DARAH / CERAMAH KESIHATAN ( L )

ü HARI KELUARGA-SETAHUN SEKALI ( D )

ü KELAB REMAJA-KEAHLIAN DAN AKTIVITI ( D / L )

ü KELAB ANAK-ANAK AHLI-PEWARIS ( D )

ü MAJLIS ILMU YAYASAN AMAL ( D /

ü CERAMAH ANTI DADAH ( L )

Komitmen aktivis daerah diperlukan untuk menjayakan aktiviti YAM.
Hubungi :
Ismail bin Ali Pengerusi YAM Johor. 019-7533151

Wednesday, April 25, 2007

Antara Semalam dan Masa Hadapan

Antara Semalam dan Masa hadapan
Imam Ibn Qayyim Al Jawziyyah

Hidupmu di saat ini adalah diantara hari hari semalam dan masa hadapan. Jadi, segala yang telah berlalu boleh ditebus dengan Taubah (taubat), nadam (penyesalan) dan istighfar (meminta keampunan dari Allah). Dan ianya tidak akan memenatkan kamu, dan tidak memerlukan kamu berhempas pulas seperti halnya jika kamu seorang buruh kasar. Malah ianya adalah perbuatan hati. Oleh itu, untuk masa hadapan, (ia boleh di perbetulkan) dengan melindungi diri dari dosa. Melindungi diri ini hanyalah dengan meninggalkan (perbuatan dosa itu) dan berasa selesa tanpanya. Ini juga bukan perbuatan tubuhmu, yg memerlukan kamu berusaha dan berhempas pulas. Malah ia adalah keteguhan pendirian dan niat di hati. Jadi untuk segala yang telah berlalu, betulkanlah dengan taubat. Dan untuk masa hadapan, betulkanlah ia dengan meneguhkan pendirian dan niat. Kedua duanya tidak mengenakan sebarang kesusahan dan keletihan pada tubuh.

Tetapi perhatian kamu harus ditumpukan kepada masa kehidupan kamu di saat ini - masa diantara dua masa. Jika kamu membazirkannya, maka kamu telah melepaskan peluang untuk menjadi dikalangan mereka yang beruntung dan diselamatkan. Jika kamu menelitinya, setelah memerhatikan kedua dua masa tadi - masa yg sebelum dan selepas saat ini, seperti yg telah kita bicarakan - maka kamu akan menjadi seorang yg berjaya dan kamu akan mencapai kerehatan, kegembiraan dan nikmat yang kekal abadi. Tetapi, menjaganya lebih susah dari apa yg telah berlalu dari nya dan yg akan datang kemudian, kerana menjaganya memerlukan kamu meletakkan hidup kamu kepada perkara yang paling layak dan bermanfaat utk ruh kamu, dan itulah yg akan membawa kamu kepada kejayaan.

Dan barang siapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam. Al Ankabut: 6

Tuesday, April 24, 2007

MESYUARAT AJK YAYASAN AMAL JOHOR

MESYUARAT AJK YAYASAN AMAL JOHOR KALI-1

TARIKH :28 APRIL 2007
HARI : SABTU
MASA :9.00 MALAM - 11.00 MALAM
TEMPAT :PEJABAT YAYASAN AMAL NEGERI JOHOR.(PEJABAT UST.ROHAIZAM)
PERHATIAN : HARAP DAPAT PATUHI MASA.BERAMAL KERANA ALLAH

Sunday, April 22, 2007

PERANCANGAN AKTIVITI

CADANGAN AKTIVITI YAM :

ü MAKLUMAT AKTIVIS YAYASAN AMAL JOHOR

ü VEST YAYASAN AMAL-AJK DAN WAKIL KAWASAN

ü GABUNGAN NGO ISLAM JOHOR

ü TEAM ZIARAH AMAL –HOSPITAL,FAKIR MISKIN & MENIMPA MUSIBAH

ü CERAMAH MOTIVASI INSAN CEMERLANG-INSTITUSI,MASJID,SURAU DAN DEWAN ORANG RAMAI.

ü CERAMAH KEIBUBAPA-KERJASAMA PASTI

ü KEMPEN DERMA DARAH.

ü HARI KELUARGA-SETAHUN SEKALI

ü KELAB REMAJA-KEAHLIAN DAN AKTIVITI

ü KELAB ANAK-ANAK AHLI-PEWARIS

ü MAJLIS ILMU YAYASAN AMAL

AKAN DIBINCANGKAN DALAM MESYUARAT PERTAMA

Thursday, April 19, 2007

Program Sulung Yayasan Amal Malaysia Johor


AKU INSAN CEMERLANG PROGRAM SULUNG YAYASAN AMAL

CAWANGAN JOHOR

SEKOLAH RENDAH AGAMA AL-GUHRAN,Simpang Renggam 19 April 2007 telah mencatatkan sejarah penampilan sulung program Yayasan Amal Malaysia Cawangan Johor sebagai aktiviti amal selepas selesainya Mesyuarat Agung Dwi-tahunan bertarikh 27 Mac 2007.Program ini menampilkan pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Johor yang baru Encik Ismail bin Ali menyampaikan ceramah motivasi bertajuk Aku Insan Cemerlang-Berakhlak Mulia.Selepas mendapat restu pihak pengurusan sekolah dan pihak warden Asrama Sekolah Rendah Agama Al-Guhran,program dimulakan tepat jam 9.00 malam dengan sasaran warga asrama seramai lebih kurang 60 orang murid.

Memandangkan murid tahun 6 ada kelas tambahan yang diadakan ,jumlah murid yang bersama-sama program ini hanya lebih kurang 35 orang sahaja yang terdiri murid lelaki dan perempuan.Seorang murid tahun 5 berjaya mempengerusikan majlis dan terus diserahkan kepada pengerusi Yayasan Amal Malaysia Johor.Lokasi program ini di surau sekolah yang selesa dan ceramah disampaikan dengan menggunakan LCD Projektor.

Ceramah yang disampaikan cukup menarik minat murid-murid memandangkan persembahan mengandungi gambar-gambar dan movie yang dapat sesuai di tahap murid-murid.Di pertengahan ceramah,bilangan yang turut mengikuti program ini meningkat dengan kehadiran murid-murid tahun 6 asrama dan murid luar sementara menantikan ibubapa penjaga menjemput pulang.Isi ceramah memfokuskan akhlak mulia dalam kalangan anak-anak memandangkan keruntuhan akhlak yang parah dalam sistem sosial masyarakat kita.Yayasan Amal Malaysia Cawangan Johor mengambil inisiatif untuk terjun dalam masyarakat melalui program-program sebegini bersama beramal membina masyarakat dengan menerapkan nilai-nilai yang baik berlandaskan agama.

Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Johor,menyebut dalam ceramahnya program malam ini merupakan noktah permulaan bagi merebut peluang mendekati masyarakat.Justeru selepas ini pihak Yayasan Amal menawarkan diri kepada institusi sekolah,asrama,surau ataupun masjid untuk memanfatkan program Ceramah Motivasi Aku Insan Cemerlang ini dengan dua modul iaitu akhlak mulia dan kecemerlangan akademik.

Sila hubungi pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Johor( YAM Johor ) no telefon 019-7533161 atau AJK YAM Johor serta wakil-wakil mengikut daerah.

Memandangkan kesuntukan masa,program diadakan sehingga jam 10.15 malam meliputi topik berakhlak mulia terhadap Allah dan Rasullullah SAW serta berakhlak mulia terhadap ibu bapa sahaja.Berakhlak mulia terhadap guru dan berakhlak mulia dalam kehidupan seharian tidak dapat diteruskan walaupun murid-murid masih bersemangat.Hari esok terdapat sessi persekolahan,jadi ceramah diakhiri dengan movie kelahiran anak dan klip nasyid anak soleh.

Diakhir ceramah,sibuk murid-murid lelaki bersalam-salaman dan semangat bergambar menzahirkan kegembiraan atas program yang dianjurkan.Di sekolah ini menempatkan dua anak lelaki pengerusi YAM johor yang bernama Abdullah Muaz murid tahun dua dan Abdullah Hazim tahun lima.Semoga anak-anakku ini bersama anak-anak yang lain menjadi insan soleh yang akan meneruskan kesinambungan perjuangan suci ini.Amin.Semoga kita dapat sama-sama beramal membina masyarakat.

Wednesday, April 18, 2007

KEKUATAN HATI

KEKUATAN HATI

Assalamualaikum wbt. Satu diantara kekuatan yang Allah kurniakan kepada umat islam ialah zikrullah. Saya merasakan orang-orang islam pada hari ini tidak begitu memanafaatkan aktiviti yang amat penting ini. Dalam kitab sohih Muslim, Nabi saw pernah bersabda " Sabbaqal mufarradun " yang bermaksud "Telah mendahului mereka yang tersendiri ". Lantas Nabi memuji golongan ini. Golongan yang di gelar oleh baginda sebagai Al mufarradun. Golongan yang tersendiri. Kata Nabi mereka mendahului orang-orang lain.

Lantas para sahabat ra bertanya kepada baginda. Siapakah sebenarnya golongan Al mufarradun ini. Maka Nabi menjawab mereka ialah golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah swt. Itulah golongan istimewa yang mendapat pujian. Lantas di zaman dahulu khususnya di zaman Nabi , para sahabat dan di peringkat awal islam, zikir terutamanya zikir dengan hati ini amat diutamakan. Sebab itu ketika itu umat islam berjiwa tenang. Umat islam sentiasa di kurniakan ilham sehingga mereka mampu menghadapi masalah-masalah yang besar dan kemudiannya dapat menewaskan musuh mereka dan menegakkan empayar islam.

Mereka dapat melakukan demikian kerana mereka memperolehi kekuatan dari dalam bukan dari luar. Mereka tidak mengadu tentang orang lain berhubung dengan kesilapan diri sendiri tidak seperti kita orang islam pada hari ini. Jika berlaku apa-apa masalah pada umat islam kita dengan cepat salahkan barat, salahkan yahudi, salahkan yang itu dan ini tetapi tidak pernah salahkan diri kita sendiri yang cuai, leka, alpa, yang tidur banyak dan seumpamanya. Semuanya orang lain salah dan kita tidak pernah bersalah. Umat dahulu mereka banyak bermuhasabah tentang diri mereka sendiri. Ia benar kadangkala musuh pun memainkan peranan untuk menghancurkan islam. Itu tidak boleh kita nafikan, tetapi umat dahulu, mereka lebih banyak memberikan tumpuan tentang dalaman, diri dan kecuaian mereka sebab mereka menyedari jika mereka terus menerus cuai, mereka akan kalah.

Justeru mereka banyak berzikir, muhasabah diri sendiri, perbaikki diri mereka, akhirnya alhamdulillah Allah memberikan pertolongan dan bantuan kepada mereka. Seperti apa yang saya katakan tadi satu diantara aktiviti yang amat mereka utamakan ialah zikrullah. Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan yang di muliakan, jika kita benar-benar berzikir, memberi tumpuan kepada zikir sebagai contoh kita berkata Allah, ataupun subhanallah, mengulang-ulanginya secara berterusan mungkin sehari memakan masa 8 - 10 minit tetapi dengan penuh khusyuk. Yang paling penting yang hendak ditekankan pada pagi ini ialah zikir dengan penuh khusyuk. Bukan zikir dengan lisan tetapi mata terbeliak melihat kesana kesini. Bukan zikir dengan lidah tetapi hati menerawang kesana sini, tetapi dengan penuh khusyuk,masyaallah otak kita akan menjadi lebih cemerlang dan kemudiannya seluruh badan kita menjadi lebih baik.

Mengikut satu kajian yang di buat oleh seorang Professor daripada Harvard Medical School iaitu Professor Herbert Benson. Mereka yang meditasi, ini bahasa orang barat. Mereka tidak faham zikrullah. Mereka hanya faham meditation. Tidak mengapa sebab zikrullah yang di lakukan dengan khusyuk menyamai dan melebihi meditation. Ada yang sama tetapi sudah pasti ada yang berbeza dan malah lebih. Tapi kita sekadar nak berbincang bab meditasi untuk kita faham perubahan biologi yang berlaku dalam diri kita ketika kita berzikrullah dengan penuh khusyuk. Maka berkata Dr. Benson mereka yang bermeditasi secara mendalam, mereka sebenarnya sedang menghilangkan tekanan pada diri mereka sebab ketika meditasi yang sedang mereka lakukan otak menggunakan 17 % lebih rendah oksigen daripada biasa. Ini satu yang cukup luarbiasa. Denyutan jantung mereka juga lebih rendah daripada orang lain. Maksudnya tekanan pada jantung tidak ujud. Ketiganya otak mengeluarkan satu gelombang, gelombangnya bernama Gelombang Theta ataupun Theta Wave.

Kebiasaan jika kita sedang berfikir sekarang, kita sedang mengeluarkan Gelombang Beta, tetapi jika kita sedang berzikir dengan penuh khusyuk dan ketika itu kita melupakan kesemua apa yang berlaku diluar sana, itu yang kita maksudkan zikir yang khusyuk. Ketika itu otak kita mengeluarkan gelombang baru yang bernama Theta. Gelombang inilah gelombang ketenangan. mengikut pakar-pakar yang mengkaji ketika itulah sistem badan kita berubah. Disamping otak kita berubah dan mendapat kekuatan baru, badan kita keseluruhannya juga berubah. Antara kajian yang menarik ialah, kajian yang berkaitan dengan sistem Imiul atau sistem pertahanan badan. Mereka dapati golongan yang banyak bermeditasi mereka sebenarnya mempunyai sistem pertahanan badan yang lebih mantap daripada orang lain terutama orang yang sentiasa sibuk kesana kemari dan sentiasa sibuk hendak mengambil tahu tentang orang lain. Mereka hidup dengan jiwa yang tidak pernah tenang dan hidup dalam keadaan penuh tekanan, sistem pertahanan mereka rendah dan mereka senang di timpa penyakit. Sebaliknya orang yang banyak bermeditasi sistem pertahanan mereka mantap. Mereka jarang mendapat penyakit.

Ada satu kajian bagi wanita yang banyak berzikrullah atau bermediatasi, mereka mengeluarkan satu bahan khas yang dapat membunuh sel-sel tumbuhan yang wujud di payudara mereka. Ini satu kajian khas dan penemuannya juga kita anggap special. Ketika bermeditasi darah mengeluarkan satu bahan khas yang dapat membunuh sel-sel tumbuhan dalam payudara. Itulah kehebatan yang ada pada meditasi dan zikrullah yang dilakukan dengan penuh khusyuk ialah meditasi di tahap yang tinggi. Saya mengatakan tadi mereka yang berzikrullah menyamai orang-orang yang bermeditasi dan juga mengatasi golongan ini. Sama sebab perubahan badan yang berlaku tadi akan dirasai oleh orang bermeditasi dan zikrullah dengan khusyuk. Dimana lebihnya. Lebih kerana mereka akan mendapat ilham special. Ilham ini berpandukan janji Allah yang berbunyi " Waman ja hadu fiina lanah diyannakum subulana" " Orang yang bersungguh-sungguh membersihkan dirinya melawan hawa nafsunya, kami yakni Allah akan tunjukkan jalan-jalan kami kepada mereka. Itu yang lebih, dengan cara demikian mereka mendapat petunjuk, ilham dan juga jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi setiap hari.

Lantas tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan, marilah kita sama-sama mendekati Allah dengan banyak berzikir dan sudah pastinya zikir yang paling pokok ialah solat yang dilakukan dengan khusyuk , jangan abaikannya kerana jika dilakukan kesemuanya ini dengan khusyuk, kita akan menjadi insan yang special, kita akan mendapat banyak faedah dalam diri kita sendiri dan kita akan mendapat ilham dan petunjuk daripada Allah. Jangan abaikan kekuatan ini dan kemudian mencari kekuatan yang lain. Inilah kekuatan yang paling asas yang perlu kita manafatkan insyaallah.

Tuesday, April 17, 2007

MOTIVASI AKU INSAN CEMERLANG

PROGRAM :

MOTIVASI AKU INSAN CEMERLANG

PENDAHULUAN :

Pelajar sering dikaitkan dengan golongan yang akan memenuhi harapan masa depan ibu dan ayah, masyarakat,negara serta agama.Malah pelajar juga dikatakan menjadi tonggak kkuatan negara dan bangsa pada masa akan datang.Pemimpin akan datang adalah anak muda hari ini.

Kalau begitu keadaannya,maka persediaan untuk melahirkan seseorang pelajar yang berwibawa bukanlah suatu perkara yang mudah.Persediaan mesti mantap.Pengisian dada mereka mesti penuh dengan ilmu-ilmu yang mampu berdaya saing dengan berbagai bangsa di dalam dunia globalisasi yang sangat mencabar ini.

Pelajar Islam khususnya menanggung peranan yang lebih penting kerana mereka dituntut untuk berjaya cemerlang di dunia dan diakhirat.Soal dunia dan akhirat mesti ditimbang sama berat.Kepentingan duniawi sebagai bekalan untuk melalui jambatan menuju ke akhirat.

Ketamadunan bangsa-bangsa di dunia ini dibina oleh pemuda-pemuda.Sebahagian besar pengikut Rasulullah s.a.w. yang mengembangkan ajaran Islam pada peringkat awal terdiri daripada pemuda-pemuda seperti Sayidina Ali k.w.h.Orang muda mempunyai keazaman yangtinggi.Daya juang mereka utuh dan kental.

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Johor,mengambil inisiatif untuk sama-sama beramal membentuk anak-anak muda dan remaja yang berwawasan jauh.Program yang dirancangkan khas ini diharapkan mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak.Anak-anak muda dan remaja hari ini memerlukan bekalan dan resipi yang terbaik dalam mengolah kehidupan yang mencabar ini.

OBJEKTIF :

DIAKHIR PROGRAM,DIHARAPKAN PARA PESERTA DAPAT :

1.MEMAHAMI KONSEP DAN MEMPRAKTIKKAN AKHLAK MULIA

2.MENGHAYATI PETUA-PETUA AKHLAK MULIA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

3.MEMAHAMI KEPENTINGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK

4.MENGHAYATI PETUA-PETUA KECEMERLANGAN AKADEMIK DALAM KEHIDUPAN PELAJAR

SASARAN :

PELAJAR SEKOLAH RENDAH: TAHAP 2 ( TAHUN 4,5 & 6 )

PELAJAR SEKOLAH MENENGAH : TINGKATAN 1,2,3,4 & 5

YURAN PENYERTAAN :

HANYA RM X.OO SAHAJA
( UNTUK MENAMPUNG KOS MINUMAN RINGAN DAN BAHAN EDARAN )

TARIKH :

TEMPAT :

MASA : 8.00 PAGI – 1.00 TENGAHARI

ANJURAN BERSAMA :

YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN JOHOR

DENGAN KERJASAMA

AJK MASJID :__________________


PENGISIAN :

CERAMAH 1

TAJUK :AKU INSAN CEMERLANG –AKHLAK MULIA

OLEH : CIKGU ISMAIL BIN ALI

PENGERUSI YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN JOHOR

MERANGKAP GURU DISIPLIN

SMK BENUT,BENUT,PONTIAN

CERAMAH 2

TAJUK : AKU INSAN CEMERLANG –KECEMERLANGAN AKADEMIK

OLEH : ENCIK TUMIN BIN YATMAN

NAIB PENGERUSI YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN JOHOR

MERANGKAP GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SMK SRI TANJUNG,BENUT,PONTIAN

BENGKEL

BORANG PENYERTAAN :

NAMA :

NO KAD PENGENALAN :

UMUR :

SEKOLAH :

ALAMAT :

NO TELEFON :

NAMA IBU BAPA :

PEKERJAAN IBU BAPA :

CITA-CITA :

BAYARAN YURAN PENYERTAAN :

10 PERKARA YANG MEMATIKAN HATI

10 PERKARA YANG MEMATIKAN HATI.

1.Kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak nenunaikan haknya.

2.Kamu membaca Al Quran tetapi kamu tidak laksanakan ajarannya dan perintahNya.

3.Kamu kata cinta kepada RasululLah saw, tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya

4.Kamu tahu bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu bersekutu dengannya.

5.Kamu berkata kamu cintakan syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya

6.Kamu kata kamu takutkan neraka, tetapi kamu gadaikan diri kamu untuknya.

7.Kamu tahu bahawa mati itu benar dan pasti akan datang, tetapi kamu tidak membuat persediaan untuk selepas kamu mati.

8.Kamu selalu sibuk dengan keaibban saudara-saudara kamu, tetapi kamu lupakan diri kamu sendiri.

9.Kamu gunakan nikmat Allah, tetapi kam tidak bersyukur kepadaNya

10.Kamu timbus mayat-mayat, tetapi kami tidak mengambil pengajaran daripadanya.

AMAL

AMAL- AL-Imam Hassan Al Banna

Amal yang saya maksudkan ialah hasil yang diperolehi daripada ilmu dan ikhlas.
Peringkat kerja yang perlu dilakukan oleh saudara yang jujur
Memperbaiki diri sendiri sehingga dia memiliki tubuh yang kuat, akhlak yang mantap, berilmu, mampu berdikari, aqidah yang sejahtera, ibadah yang betul, bermujahadah melawan diri, menjaga masa, segala urusannya tersusun dan berguna pada orang lain.

1.Pembinaan keluarga muslim

2.Membimbing masyarakat

3.Membebaskan tanah air dari kuasa asing

4.Memulihkan kerajaan supaya benar-benar bercirikan Islam

5.Mewujudkan kembali sebuah negara untuk umat Islam

6.Menjadi tunggak dunia