MADAH MUTIARA
"Buka Minda, Buka Hati, Kenali Diri,Perbaiki Diri" |
|
Friday, August 10, 2007
Thursday, August 9, 2007
5 OGOS 2007 : PROGRAM SEMINAR CABARAN-CABARAN SAUDARA BARU DI WISMA FIRDAUS SIMPANG RENGGAM
5 OGOS 2007 : PROGRAM SEMINAR CABARAN-CABARAN SAUDARA BARU DI WISMA FIRDAUS SIMPANG RENGGAM
Alhamdulillah,pada 5 ogos 2007 telah diadakan program Seminar Cabaran-cabaran Saudara Baru dengan kerjasama Jamaah Islah Malaysia ( JIM ) Daerah Kluang.Program ini turut dihadiri oleh oleh Pengerusi Unit Rays of Serenity atau ROSE JIM Johor Dr Nordin bin Yahya, Setiausaha Malaysian Chinese Muslim Association atau MACMA Sdr Mohd Saiful Bahri Choo bin Abdullah dan Sdr Mohd Hafizuddin Raja sebagai ahli-ahli panel forum yang bertajuk ”Mengatasi Cabaran Saudara Baru dan Berdakwah kepada Bukan Islam”.
Program bermula lebih kurang jam 9.30 pagi dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan diikuti dengan Slot Ceramah yang disampaikan oleh Sdr Mohd Saiful Bahri Choo Abdullah dengan perkongsian pengalaman dan cabarancabaran Saudara baru.Slot ceramah ini dipengerusikan oleh Sdr Ismail bin Ali ( Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Johor ).Ceramah yang disampaikan cukup menyentuh hati para hadirin yang menyingkap suka-duka pengalaman yang ditempuh oleh penceramah.
Selepas selesai slot ceramah para peserta bergerak ke ruang makan Restoran Al-Firdaus untuk menikmati makanan nasi ambang.Para peserta mengambil peluang semasa menikmati jamuan yang disediakan penganjur untuk saling bertaaruf dan bertanya khabar.
Majlis seterusnya adalah forum yang melibatkan saudara-saudara baru yang dipengerusikan olh Dr Nordin Yahya.Seramai lebih kurang 50 orang peserta yang turut serta mengikuti seminar ini.AJK Yayasan Amal Malaysia Negeri Johor yang turut hadir ialah Sdr Ahmad Nazri Jimat dan Sdr Ismail Jamal yang memgambil bahagian semasa slot forum.
Semoga usaha-usaha yang baik sebegini dapat dicontohi oleh aktivis-aktivis pemuda-pemuda daerah lain di negeri Johor ini.Pihak Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Johor bersedia untuk memberi kerjasama dengan menyediakan slot-slot ceramah motivasi dan kerja-kerja amal.Bersama-samalah kita beramal membina masyarakat dengan program-program yang bermanfaat kerana Allah.Sekian Wassalam.