

"Buka Minda, Buka Hati, Kenali Diri,Perbaiki Diri" |
|
5 OGOS 2007 : PROGRAM SEMINAR CABARAN-CABARAN SAUDARA BARU DI WISMA FIRDAUS SIMPANG RENGGAM
Alhamdulillah,pada 5 ogos 2007 telah diadakan program Seminar Cabaran-cabaran Saudara Baru dengan kerjasama Jamaah Islah Malaysia ( JIM ) Daerah Kluang.Program ini turut dihadiri oleh oleh Pengerusi Unit Rays of Serenity atau ROSE JIM Johor Dr Nordin bin Yahya, Setiausaha Malaysian Chinese Muslim Association atau MACMA Sdr Mohd Saiful Bahri Choo bin Abdullah dan Sdr Mohd Hafizuddin Raja sebagai ahli-ahli panel forum yang bertajuk ”Mengatasi Cabaran Saudara Baru dan Berdakwah kepada Bukan Islam”.
Program bermula lebih kurang jam 9.30 pagi dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan diikuti dengan Slot Ceramah yang disampaikan oleh Sdr Mohd Saiful Bahri Choo Abdullah dengan perkongsian pengalaman dan cabarancabaran Saudara baru.Slot ceramah ini dipengerusikan oleh Sdr Ismail bin Ali ( Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Johor ).Ceramah yang disampaikan cukup menyentuh hati para hadirin yang menyingkap suka-duka pengalaman yang ditempuh oleh penceramah.
Selepas selesai slot ceramah para peserta bergerak ke ruang makan Restoran Al-Firdaus untuk menikmati makanan nasi ambang.Para peserta mengambil peluang semasa menikmati jamuan yang disediakan penganjur untuk saling bertaaruf dan bertanya khabar.
Majlis seterusnya adalah forum yang melibatkan saudara-saudara baru yang dipengerusikan olh Dr Nordin Yahya.Seramai lebih kurang 50 orang peserta yang turut serta mengikuti seminar ini.AJK Yayasan Amal Malaysia Negeri Johor yang turut hadir ialah Sdr Ahmad Nazri Jimat dan Sdr Ismail Jamal yang memgambil bahagian semasa slot forum.
Semoga usaha-usaha yang baik sebegini dapat dicontohi oleh aktivis-aktivis pemuda-pemuda daerah lain di negeri Johor ini.Pihak Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Johor bersedia untuk memberi kerjasama dengan menyediakan slot-slot ceramah motivasi dan kerja-kerja amal.Bersama-samalah kita beramal membina masyarakat dengan program-program yang bermanfaat kerana Allah.Sekian Wassalam.
TAYANGAN AMAL DAN SLOT KENALI YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN NEGERI JOHOR DI PROGRAM HIMPUNAN IBU-IBU TUNGGAL DAN ANAK-ANAK YATIM KAMPUNG PULAI SEBATANG
Alhamdulillah,pada 22 Julai 2007 penganjur program Himpunan Ibu-Ibu Tunggal dan Anak-anak Yatim iaitu Pertubuhan Kebajikan Islam Kampung Pulai Sebatang telah mengundang Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Johor.Yayasan Amal Malaysia Johor diberi ruang mengadakan Tayangan Amal iaitu Klip Video Pesanan Ibu dan Rintihan Anak-anak Palestin serta persembahan power point Kenali Yayasan Amal Malaysia Negeri Johor.
Perasmi program Himpunan Ibu-Ibu Tunggal dan Anak-anak ialah IR Puan Hajjah Nor’Aini binti Haji Juffery Pengerusi Ibu Tunggal Negeri Johor.Sebelum program bermula, Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Johor sempat saling kenal-mengenali dan berbincang tentang peranan yayasan Amal Malaysia boleh membantu melebarkan program bersama NGO Ibu Tunggal Negeri Johor.
Ramai juga ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim di kampung Pulai Sebatang yang hadir sekaligus peserta yang hadir dapat mengenali Yayasan Amal Malaysia Cawanagan Negeri Johor.Terdapat pelbagai program diatur oleh penganjur program seperti pertandingan memasak dan gubahan, sukaneka dan penyampaian hadiah bagi pertandingan yang diadakan.
Semoga usaha-usaha yang baik sebegini dapat dicontohi oleh aktivis-aktivis pemuda-pemuda daerah lain di negeri Johor ini.Pihak Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Johor bersedia untuk memberi kerjasama dengan menyediakan slot-slot ceramah motivasi dan kerja-kerja amal.Bersama-samalah kita beramal membina masyarakat dengan program-program yang bermanfaat kerana Allah.Sekian Wassalam.
Sementara menantikan kehadiran ahli keluarga lain,sebahagian yang hadir ke tempat tayangan movie menyaksikan klip video rintihan anak-anak Palestin.Semasa memulakan program tazkirah Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Johor mengalu-alukan kehadiran dan mempromosikan Yayasan Amal Malaysia Johor (YAMJ ) serta memberitahu aktiviti-aktiviti yang dijalankan.Aktiviti YAMJ selepas ini cuba untuk mengenalpasti anak-anak yatim di seluruh negeri Johor yang hidup dalam kedaifan untuk dijadikan anak angkat YAMJ.Justeru,pengerusi YAMJ mengalu-alukan sumbangan dana untuk aktiviti YAMJ.
Tetamu sedang menikmati jamuan ringan.Program Hi-tea ini mudah-mudahan dapat diteruskan dan dijayakan untuk terus mendekati masyarakat.
Ceramah yang bermula selepas solat Isyak mengambil masa lebih kurang dua jam berjaya menarik minat para peserta dengan diiringi tayangan slot movie memaparkan contok-contoh akhlak anak-anak yang diharapkan dapat diteladani.
Difahamkan oleh pihak penganjur program seramai lebih kurang 70 orang perserta lelaki yang mengambil bahagian dalam Kem Ibadah Cemerlang ini.Memandangkan program yang diadakan oleh pihak penganjur semasa cuti sekolah diharapkan dapat memanfaatkan masa cuti peserta dengan program yang berfaedah.
Semoga usaha-usaha yang baik sebegini dapat dicontohi oleh aktivis-aktivis pemuda-pemuda daerah lain di negeri Johor ini.Pihak Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Johor bersedia untuk memberi kerjasama dengan menyediakan slot-slot ceramah motivasi. Bersama-samalah kita beramal membina masyarakat dengan program-program yang bermanfaat kerana Allah.Sekian Wassalam.
Info Terkini |
|
"TAKWIM : AKTIVITI YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN NEGERI JOHOR" |
|