
MADAH MUTIARA
"Buka Minda, Buka Hati, Kenali Diri,Perbaiki Diri" |
|
Friday, May 25, 2007
KAIN RENTANG PROGRAM 27 MEI 2007

Monday, May 21, 2007
PROGRAM YAYASAN AMAL CAWANGAN JOHOR BULAN MEI
AKU INSAN CEMERLANG
DIAKHIR PROGRAM,DIHARAPKAN PARA PESERTA DAPAT :
1.Memahami konsep dan mempraktikkan
akhlak mulia.
2.Menghayati petua-petua akhlak mulia
dalam kehidupan seharian
3.Memahami kepentingan kecemerlangan
akademik
4.Menghayati petua-petua kecemerlangan
akademik dalam kehidupan pelajar
Keterangan lanjut hubungi kami
●Cikgu Tuan Haji Nordin bin Buang
( SMK Benut / Tmn.Renggam Jaya )
( 012-7080003 )
●Tuan Haji Jubri bin Selamat ( 016-7226367 )
●Encik Kamarulzaman bin Ibrahim
( 019-7576614 )
●Ustaz Rosli bin Samadi ( 017-7125910 )
Tarikh : 27 Mei 2007
Masa : 9 pg – 1.00 Ptg
Tempat :
C ’SARA HOMEOPATHY ,
No 6A,Jalan Berlian 1,
Taman Renggam Jaya
PENYERTAAN :
Terbuka kepada para pelajar
Tahun 4,5 dan 6
Tingkatan 1,2,3,4 dan 5
( TEMPAT TERHAD )
Yuran 3.00 seorang sahaja
ANJURAN BERSAMA
Yayasan Amal Malaysia
dan C’Sara Homeopathy
PROGRAM DERMA DARAH
DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA
TEKANAN DARAH DAN KENCING MANIS
ISTIMEWA KEHADIRAN DR ABD.RANI YAM PUSAT
TERBUKA / IBUBAPA
–pelajar motivasi
ANJURAN BERSAMA :
YAYASAN AMAL MALAYSIA JOHOR DAN
C’SARA HOMEOPATHY
TARIKH : 27 MEI 2007
TEMPAT : C’SARA HOMEOPATHY
MASA : 9.00 PAGI – 2.00 PETANG
PERJALANAN KE MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN DWI-TAHUNAN KALI KE-4 YAYASAN AMAL MALAYSIA.

PERJALANAN KE MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN DWI-TAHUNAN KALI KE-4 YAYASAN AMAL MALAYSIA.
Alhamdulillah,seramai lima orang perwakilan dari Yayasan Amal Malaysia Cawangan negeri Johor yang diketuai sendiri Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cikgu Ismail bin Ali bersama-sama Sdr.Mohd Razali bin Jamil ( Bendahari ),Cikgu Mohd Rafi bin Kunjahamad
( Setiausaha ),Sdr. Mohd Faridz bin Mohd Salleh ( AJK ) dan Sdr.Ismail bin Jamal (Ahli).Mesyuarat Agung ini diadakan di Masjid Al-Ghufran,Taman Tun Dr.Ismail Kuala Lumpur pada hari Sabtu bersamaan 19 Mei 2007 pukul 9 pagi.
Kami bertolak dari Simpang Renggam sekitar pukul 12.40 tengahmalam dan sampai di Batu Caves rumah seorang sahabat lama Encik Zainal seorang pemimpin Multilevel Marketing pada pukul 3.40 pagi.Sekitar jam 8.00 pagi selepas sarapan pagi,kami terus bertolak ke lokasi Mesyuarat Agung Yayasan Amal Malaysia di TTDI dan sampai sekitar jam 8.45 pagi.Di kantin Masjid Al-Ghufran saya telah bertemu sahabat lama semasa di UKM yang bernama Dr.Nik Muktasim yang mewakili NGO HALUAN.
Mesyuarat dimulakan lebih kurang jam 9.40 pagi dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh adik Muhammad iaitu Bilal TV 9.Sungguh mengasyikkan dan merdu alunan ayat-ayat Allah yang dibacakan oleh adik Muhammad yang hadir bersama-sama keluarganya.Selepas itu,nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Amal dinyanyikan seluruh perwakilan.
Ucaptema Presiden Yayasan Amal Malaysia Cikgu Hussin yang mengambil masa lebih kurang 45 minit sangat baik dan perwakilan akan dapat salinannya seperti yang dijanjikan sewajarnya dijadikan landasan Yayasan Amal Malaysia Cawangan-cawangan mengorak langkah sessi ini.Antara intipati ucapan Presiden ialah beliau memaklumkan lebih kurang 6 hari lagi usia Yayasan Amal Malaysia akan genap 6 tahun. Berbekalkan slogan Yayasan Amal Malaysia iaitu Amal kerana Allah dan mengambil pendekatan Berkhidmat untuk Kemanusiaan.Beliau banyak merangsang ahli-ahli Yayasan Amal terus-menerus berlumba-lumba melakukan kebajikan.Banyak ayat-ayat Al-Quran yang dijadikan sandaran tuntutan amal ini amat dirasai oleh perwakilan.
Ucapan presiden juga sarat dengan imbauan kejayaan aktiviti Yayasan Amal Malaysia dalam dan luar negara dapat menjadi perangsang kepada aktivis Yayasan Amal Malaysia untuk terus menabur bakti.Kejayaan Yayasan Amal Malaysia memperlebarkan sayapnya ke bumi Sabah dan Sarawak yang masih dalam proses amat membanggakan. Meyuarat kali ini juga dihadiri seorang wakil Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah.
Presiden mempertegaskan dalam ucapannya Yayasan Amal Malaysia peringkat pusat dan cawanagan-cawangan cuba berusaha mendapatkan seramai mungkin kawan dan zero musuh.
Antara biro yang disentuh ialah Kebajikan dan Relief dijadikan kegiatan utama.Semua Cawangan diminta terus bergerak mendekatkan dengan masyarakat dengan program-program amal seperti ”Program Sekampit Beras Sekilo Gula”.Presiden juga mensasarkan sebuah mobile klinik diwujudkan bagi biro Rawatan dan Kesihatan.Bengkel Pengurusan Strategik wajar diadakan bagi memperkasakan pentadbiran dan pengurusan.Setiap cawangan perlu memiliki pejabat pentadbiran sebagai pusat operasi . Kelab Relawan Amal perlu dikemaskini agar dapat menarik seramai mungkin keahlian.Pihak cawangan perlu mewujudkan kerjasama dengan NGO-NGO lain menjayakan hasrat presiden ”Sepakat NGO”.Isu kebejatan Sosial remaja juga disentuh membabitkan salah laku yang serius seperti mat rempit,dadah,seks bebas dan lain-lain.Pusat Pemulihan Akhlak perlu diwujudkan.Begitu juga isu wanita juga disentuh dan dijadikan fokus penting demi memperkaskan rumahtangga.Berhubung dengan kewangan pihak Yayasan Amal Malaysia perlu memperkasa program mengumpulkan dana.Kesedaran masyarakat perlu digerakkan untuk melakukan amal bersama-sama.Tanpa kewangan yang kukuh kerja-kerja amal Yayasan Amal Malaysia sudah pasti tidak dapat digerakkan.
Mohon maaf kepada tuan Presiden jika coretan ini tidak menepati.Diharapkan melalui teks penuh ucaptema Presiden yang akan diperolehi di peringkat cawangan nanti dapat dijadikan asas untuk Yayasan Amal Malaysia Cawangan-cawangan bergerak sessi ini.Sekian Wassalam.
Wednesday, May 16, 2007
Wednesday, May 9, 2007
PERUTUSAN HARI GURU
YAYASAN AMAL MALAYSIA (AMAL)
CAWANGAN JOHOR
(No.Daf PPM/J 1324/00-11)
Alamat Pendaftaran Pertubuhan:
3-E Pt Hj Omar Laut , Pt 3 Api-Api, 82000 Pontian , Johor
No Tel : 019-7361316
Alamat Surat Menyurat:
Pejabat YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN NEGERI JOHOR
Lot 152,Bangunan Haji Abd.Hamid Batu 45 1/2 Jalan Johor,
86200 Simpang Renggam,Johor.
No telefon : 019-7533161
http://yamjblogspot.com
e-mail :
yys_amalj@yahoo.com
3 cabaran utama pendidikan
Isu aplikasi ICT, bahasa Inggeris, disiplin pelajar perlu bijak ditangani
KIRA-KIRA 380,000 guru yang akan menyambut Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2007, 16 Mei ini, harus muhasabah diri dengan mengimbau perkembangan pesat bidang pendidikan negara sepanjang tempoh 50 tahun menikmati kemerdekaan.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata inisiatif itu boleh mencetus motivasi, inspirasi dan semangat kepada mereka untuk mempertingkat kerja yang dapat memanfaatkan pelajar.
Katanya, guru memainkan peranan penting sebagai penjana modal insan gemilang seperti tema perayaan yang dilengkapi dengan ucapan `terima kasih cikgu’.
Beliau berkata, sudah terbukti ada negara yang mampu maju meskipun tiada sumber kekayaan hasil bumi berikutan penduduknya berpendidikan, sekali gus menggunakan ilmu dimiliki untuk mencipta dan meneroka pembaharuan.
“
“Sejajar bakti dan sumbangan besar dicurahkan guru, perayaan bermakna ini patut dirai bukan hanya oleh pelajar tetapi semua pihak yang pernah mendapat pendidikan,” katanya kepada Berita Harian.
Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-36 akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru.
Bagi menghadapi kemajuan dunia yang pantas dalam era globalisasi kini, Alimuddin berkata, guru perlu bersedia menangani tiga cabaran utama dalam perkembangan bidang pendidikan negara.
Katanya, cabaran terbabit ialah pengaplikasian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin penting dan meningkat, serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris, terutama dengan pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
Selain itu, beliau berkata, guru juga harus menghadapi cabaran masalah disiplin pelajar dalam pada memenuhi tanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan.
“Guru memainkan peranan untuk membantu menyediakan pelajar yang sihat dan sejahtera. Dalam konteks ini, guru perlu memberi kasih sayang kepada pelajar mereka.
“Negara mempunyai
“Maka ada kala sekolah menjadi tempat bagi sesetengah pelajar mencurahkan rasa terpendam dalam diri mereka. Sehubungan itu, guru hendaklah memberi tumpuan dan kasih sayang kepada pelajar, bukan sekadar mencurahkan ilmu, untuk membentuk diri mereka berupaya menyelesaikan masalah emosi serta peribadi.
“Malah, guru boleh membantu seseorang pelajar berubah daripada bersikap negatif, pesimis dan sedih kepada positif, berani, berkeyakinan diri serta tidak mudah berputus asas.
“Bagi saya, peranan guru amat signifikan. Oleh itu, ambillah kesempatan ini kerana guru umpama penyuluh ke arah kehidupan lebih baik bagi anak-anak kita pada masa depan,” katanya