TAYANGAN AMAL DAN SLOT KENALI YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN NEGERI JOHOR DI PROGRAM HIMPUNAN IBU-IBU TUNGGAL DAN ANAK-ANAK YATIM KAMPUNG PULAI SEBATANG
Alhamdulillah,pada 22 Julai 2007 penganjur program Himpunan Ibu-Ibu Tunggal dan Anak-anak Yatim iaitu Pertubuhan Kebajikan Islam Kampung Pulai Sebatang telah mengundang Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Johor.Yayasan Amal Malaysia Johor diberi ruang mengadakan Tayangan Amal iaitu Klip Video Pesanan Ibu dan Rintihan Anak-anak Palestin serta persembahan power point Kenali Yayasan Amal Malaysia Negeri Johor.
Perasmi program Himpunan Ibu-Ibu Tunggal dan Anak-anak ialah IR Puan Hajjah Nor’Aini binti Haji Juffery Pengerusi Ibu Tunggal Negeri Johor.Sebelum program bermula, Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Johor sempat saling kenal-mengenali dan berbincang tentang peranan yayasan Amal Malaysia boleh membantu melebarkan program bersama NGO Ibu Tunggal Negeri Johor.
Ramai juga ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim di kampung Pulai Sebatang yang hadir sekaligus peserta yang hadir dapat mengenali Yayasan Amal Malaysia Cawanagan Negeri Johor.Terdapat pelbagai program diatur oleh penganjur program seperti pertandingan memasak dan gubahan, sukaneka dan penyampaian hadiah bagi pertandingan yang diadakan.
Semoga usaha-usaha yang baik sebegini dapat dicontohi oleh aktivis-aktivis pemuda-pemuda daerah lain di negeri Johor ini.Pihak Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Johor bersedia untuk memberi kerjasama dengan menyediakan slot-slot ceramah motivasi dan kerja-kerja amal.Bersama-samalah kita beramal membina masyarakat dengan program-program yang bermanfaat kerana Allah.Sekian Wassalam.
No comments:
Post a Comment