PERJALANAN KE MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN DWI-TAHUNAN KALI KE-4 YAYASAN AMAL MALAYSIA.
Alhamdulillah,seramai lima orang perwakilan dari Yayasan Amal Malaysia Cawangan negeri Johor yang diketuai sendiri Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cikgu Ismail bin Ali bersama-sama Sdr.Mohd Razali bin Jamil ( Bendahari ),Cikgu Mohd Rafi bin Kunjahamad
( Setiausaha ),Sdr. Mohd Faridz bin Mohd Salleh ( AJK ) dan Sdr.Ismail bin Jamal (Ahli).Mesyuarat Agung ini diadakan di Masjid Al-Ghufran,Taman Tun Dr.Ismail Kuala Lumpur pada hari Sabtu bersamaan 19 Mei 2007 pukul 9 pagi.
Kami bertolak dari Simpang Renggam sekitar pukul 12.40 tengahmalam dan sampai di Batu Caves rumah seorang sahabat lama Encik Zainal seorang pemimpin Multilevel Marketing pada pukul 3.40 pagi.Sekitar jam 8.00 pagi selepas sarapan pagi,kami terus bertolak ke lokasi Mesyuarat Agung Yayasan Amal Malaysia di TTDI dan sampai sekitar jam 8.45 pagi.Di kantin Masjid Al-Ghufran saya telah bertemu sahabat lama semasa di UKM yang bernama Dr.Nik Muktasim yang mewakili NGO HALUAN.
Mesyuarat dimulakan lebih kurang jam 9.40 pagi dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh adik Muhammad iaitu Bilal TV 9.Sungguh mengasyikkan dan merdu alunan ayat-ayat Allah yang dibacakan oleh adik Muhammad yang hadir bersama-sama keluarganya.Selepas itu,nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Amal dinyanyikan seluruh perwakilan.
Ucaptema Presiden Yayasan Amal Malaysia Cikgu Hussin yang mengambil masa lebih kurang 45 minit sangat baik dan perwakilan akan dapat salinannya seperti yang dijanjikan sewajarnya dijadikan landasan Yayasan Amal Malaysia Cawangan-cawangan mengorak langkah sessi ini.Antara intipati ucapan Presiden ialah beliau memaklumkan lebih kurang 6 hari lagi usia Yayasan Amal Malaysia akan genap 6 tahun. Berbekalkan slogan Yayasan Amal Malaysia iaitu Amal kerana Allah dan mengambil pendekatan Berkhidmat untuk Kemanusiaan.Beliau banyak merangsang ahli-ahli Yayasan Amal terus-menerus berlumba-lumba melakukan kebajikan.Banyak ayat-ayat Al-Quran yang dijadikan sandaran tuntutan amal ini amat dirasai oleh perwakilan.
Ucapan presiden juga sarat dengan imbauan kejayaan aktiviti Yayasan Amal Malaysia dalam dan luar negara dapat menjadi perangsang kepada aktivis Yayasan Amal Malaysia untuk terus menabur bakti.Kejayaan Yayasan Amal Malaysia memperlebarkan sayapnya ke bumi Sabah dan Sarawak yang masih dalam proses amat membanggakan. Meyuarat kali ini juga dihadiri seorang wakil Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah.
Presiden mempertegaskan dalam ucapannya Yayasan Amal Malaysia peringkat pusat dan cawanagan-cawangan cuba berusaha mendapatkan seramai mungkin kawan dan zero musuh.
Antara biro yang disentuh ialah Kebajikan dan Relief dijadikan kegiatan utama.Semua Cawangan diminta terus bergerak mendekatkan dengan masyarakat dengan program-program amal seperti ”Program Sekampit Beras Sekilo Gula”.Presiden juga mensasarkan sebuah mobile klinik diwujudkan bagi biro Rawatan dan Kesihatan.Bengkel Pengurusan Strategik wajar diadakan bagi memperkasakan pentadbiran dan pengurusan.Setiap cawangan perlu memiliki pejabat pentadbiran sebagai pusat operasi . Kelab Relawan Amal perlu dikemaskini agar dapat menarik seramai mungkin keahlian.Pihak cawangan perlu mewujudkan kerjasama dengan NGO-NGO lain menjayakan hasrat presiden ”Sepakat NGO”.Isu kebejatan Sosial remaja juga disentuh membabitkan salah laku yang serius seperti mat rempit,dadah,seks bebas dan lain-lain.Pusat Pemulihan Akhlak perlu diwujudkan.Begitu juga isu wanita juga disentuh dan dijadikan fokus penting demi memperkaskan rumahtangga.Berhubung dengan kewangan pihak Yayasan Amal Malaysia perlu memperkasa program mengumpulkan dana.Kesedaran masyarakat perlu digerakkan untuk melakukan amal bersama-sama.Tanpa kewangan yang kukuh kerja-kerja amal Yayasan Amal Malaysia sudah pasti tidak dapat digerakkan.
Mohon maaf kepada tuan Presiden jika coretan ini tidak menepati.Diharapkan melalui teks penuh ucaptema Presiden yang akan diperolehi di peringkat cawangan nanti dapat dijadikan asas untuk Yayasan Amal Malaysia Cawangan-cawangan bergerak sessi ini.Sekian Wassalam.
No comments:
Post a Comment