AKU INSAN CEMERLANG PROGRAM SULUNG YAYASAN AMAL
CAWANGAN JOHOR
SEKOLAH RENDAH AGAMA AL-GUHRAN,Simpang Renggam 19 April 2007 telah mencatatkan sejarah penampilan sulung program Yayasan Amal Malaysia Cawangan Johor sebagai aktiviti amal selepas selesainya Mesyuarat Agung Dwi-tahunan bertarikh 27 Mac 2007.Program ini menampilkan pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Johor yang baru Encik Ismail bin Ali menyampaikan ceramah motivasi bertajuk Aku Insan Cemerlang-Berakhlak Mulia.Selepas mendapat restu pihak pengurusan sekolah dan pihak warden Asrama Sekolah Rendah Agama Al-Guhran,program dimulakan tepat jam 9.00 malam dengan sasaran warga asrama seramai lebih kurang 60 orang murid.
Memandangkan murid tahun 6 ada kelas tambahan yang diadakan ,jumlah murid yang bersama-sama program ini hanya lebih kurang 35 orang sahaja yang terdiri murid lelaki dan perempuan.Seorang murid tahun 5 berjaya mempengerusikan majlis dan terus diserahkan kepada pengerusi Yayasan Amal Malaysia Johor.Lokasi program ini di surau sekolah yang selesa dan ceramah disampaikan dengan menggunakan LCD Projektor.
Ceramah yang disampaikan cukup menarik minat murid-murid memandangkan persembahan mengandungi gambar-gambar dan movie yang dapat sesuai di tahap murid-murid.Di pertengahan ceramah,bilangan yang turut mengikuti program ini meningkat dengan kehadiran murid-murid tahun 6 asrama dan murid luar sementara menantikan ibubapa penjaga menjemput pulang.Isi ceramah memfokuskan akhlak mulia dalam kalangan anak-anak memandangkan keruntuhan akhlak yang parah dalam sistem sosial masyarakat kita.Yayasan Amal Malaysia Cawangan Johor mengambil inisiatif untuk terjun dalam masyarakat melalui program-program sebegini bersama beramal membina masyarakat dengan menerapkan nilai-nilai yang baik berlandaskan agama.
Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Johor,menyebut dalam ceramahnya program malam ini merupakan noktah permulaan bagi merebut peluang mendekati masyarakat.Justeru selepas ini pihak Yayasan Amal menawarkan diri kepada institusi sekolah,asrama,surau ataupun masjid untuk memanfatkan program Ceramah Motivasi Aku Insan Cemerlang ini dengan dua modul iaitu akhlak mulia dan kecemerlangan akademik.
Sila hubungi pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Johor( YAM Johor ) no telefon 019-7533161 atau AJK YAM Johor serta wakil-wakil mengikut daerah.
Memandangkan kesuntukan masa,program diadakan sehingga jam 10.15 malam meliputi topik berakhlak mulia terhadap Allah dan Rasullullah SAW serta berakhlak mulia terhadap ibu bapa sahaja.Berakhlak mulia terhadap guru dan berakhlak mulia dalam kehidupan seharian tidak dapat diteruskan walaupun murid-murid masih bersemangat.Hari esok terdapat sessi persekolahan,jadi ceramah diakhiri dengan movie kelahiran anak dan klip nasyid anak soleh.
Diakhir ceramah,sibuk murid-murid lelaki bersalam-salaman dan semangat bergambar menzahirkan kegembiraan atas program yang dianjurkan.Di sekolah ini menempatkan dua anak lelaki pengerusi YAM johor yang bernama Abdullah Muaz murid tahun dua dan Abdullah Hazim tahun lima.Semoga anak-anakku ini bersama anak-anak yang lain menjadi insan soleh yang akan meneruskan kesinambungan perjuangan suci ini.Amin.Semoga kita dapat sama-sama beramal membina masyarakat.
No comments:
Post a Comment